Info Sek

bangunan-baru.jpgSKTT telah ditubuhkan pada 2011.Berkeluasan 3 ekar dan mempunyai 3 bangunan utama serta sebuah bangunan tambahan iaitu prasekolah. Guru Besar pertama ialah Puan Suhairi bt Mat Ludin.

SKTT menyediakan 24 bilik darjah dan 52 buah kelas iaitu 48 aliran perdana dan 4 kelas prasekolah. Turutan nama kelas disusun berdasarkan S-Setia, K-Kasih, T-Taqwa, U-Usaha, N-Nekad, T- Tekun, E- Efektif, J -Jujur dan A- Amanah

Bangunan A terdiri daripada pentadbiran, Bilik Mesyuarat, Bilik Kesihatan (Aras Bawah) , Bilik Guru, Bilik Peperiksaan,Bilik Fail, SPBT ,Bilik kaunseling dan KSSR (Aras 1) Pusat Sumber , Bilik MBMMBI, Bilik Tayangan dan Bilik Bahan Bantu Mengajar (Aras 3)

Bangunan B terdiri daripada Bilik Kokurikulum dan Bilik Sukan (Aras Bawah) dan Bilik Darjah(Aras 2 & Aras 3).

Bangunan C terdiri daripada Dewan Terbuka (Aras Bawah) dan Bilik Unit PPDa, Bilik Darjah (Aras 2 dan 3) serta Surau (Aras 3).

Bangunan D terdiri 2 kelas Prasekolah (Aras Bawah), Bilik Muzik, Bilik KH, Bilik Seni (Aras 1), Bilik Pemulihan, Bilik Komputer 1 dan Bilik Komputer 2 (Aras 2), Bilik SAL, (Aras 3). manakala bangunan tambahan menempatkan 2 kelas prasekolah.

Tenaga Pengajar adalah seramai 108 guru , 5 Staf , 1733 murid perdana dan 100 murid prasekolah(data Mac 2014) dan 4 murid yang didaftarkan sebagai OKU.

Pelbagai program telah dijalan untuk menyediakan murid sebagai berdaya saing seperti Program i-Think, PROD, Guru Penyayang, I Bestari Net dan lain-lain lagi. SKTT bersedia dari segi kemudahan fizikal serta tenaga pengajar yang berkemahiran untuk bersama-sama meningkatkan  pembelajaran ke arah berkemahiran tinggi.

Kemudahan:

Mempunyai gelanggang bola jaring, gelanggang sepak takraw, padang , tempat  letak basikal/motor berbumbung dan kedai buku.