Sejarah Sekolah

GAMBARSEK1720PX

Telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan 10 buah taman sekitar Batu 16 Rawang. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menjayakan hasrat tersebut. Memorandum bertarikh 06 Mac 2006 telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Pembinaan sekolah telah dimulakan pada penghujung tahun 2006 di Lot 301, Batu 16 Rawang. Pada April 2010 Encik Halimon bin Suratman(kini Pegawai di PPD Gombak) telah dianugerahkan sebagai Caretaker bagi mengurus sekolah serta menerima perabot dan peralatan.

Penyerahan Penuh telah diadakan pada 08 Oktober 2010 oleh Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Puan Suhairi bt Mat Ludin selaku Guru Besar pertama SK Tun Teja yang telah melapor diri pada 01 Julai 2010.

Kumpulan 1 iaitu seramai 600 murid serta 23 guru telah diterima pada 15 dan 16 November 2010. Sekolah Kebangsaan Tun Teja mula beroperasi penuh pada Januari 2011 dengan 47 kelas, 2 prasekolah, 84 guru dan 5 staf sokongan.

Jumlah murid telah meningkat kepada 1733 murid perdana, 100 murid prasekolah dan 108 guru (Mac 2014). Jumlah kelas perdana sebanyak 48 kelas dan 4 kelas prasekolah.

Bermula November 2014 Guru Besar yang kedua iaitu Puan Yus Asima bt Man menggantikan Puan Suhairi bt Mat Ludin yang bersara. Jumlah kelas kekal sebanyak 48 kelas dan 4 kelas prasekolah tetapi bilangan murid semakin meningkat berjumlah 1890 (2017). Nama Kelas juga turut berubah kepada nama alam sekitar dan setiap kelas dicampur kebolehan akademik mereka sejajar dengan kehendak KSSR yang mana setiap murid dilayan sama rata.

Pada tahun 13 Jun 2017, Puan Noraini binti Tunggal telah diamanahkan untuk menerajui kepimpinan SK Taman Tun Teja untuk mengganti Puan Yus Asima yang telah bersara pada 21 Jun 2017. Legasi kecemerlangan SK Taman Tun Teja diteruskan dengan kepelbagaian program seiring dengan hasrat KPM untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran asas.

Untuk tahun 2018, seramai murid 1788 murid aliran perdana, 100 murid pra sekolah , 111 orang guru serta 10 orang kakitangan pejabat.